Aktiviti-Aktiviti Sampingan Regata Brunei Darussalam 2012​


Gerai​

​Bagi memeriahkan lagi suasana Pusat Bandar pada hari tersebut, dan sebagai memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil untuk menambah pendapatan, maka aktiviti sampingan sebagai acara ‘spinoff’ daripada regata tersebut maka telah diadakan jualan produk-produk tempatan termasuk produk-produk kampung.

Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan telah menyediakan dua kawasan bagi berjaja iaitu di sepanjang Jalan Pretty dan di sepanjang Jalan Pemancha bermula 20 hingga 22 Januari 2012.




Persembahan Pancaragam​


Persembahan Pancaragam daripada Pasukan Polis Diraja Brunei dan Jabatan Penjara pada Ahad, 22 Januari 2012.​