​Aktiviti-Aktiviti Sampingan Sempena Regata Brunei Darussalam​ 2015​

​Acara Sampingan akan juga menambahkan lagi keceriaan dan kemeriahan Regata Brunei Darussalam 2015 iaitu:

​1.     Pameran Regata Brunei Darussalam 2015: Imej Kenangan akan diadakan bermula 1 Mac 2015 hingga 31 Mei 2015 (selama 3 bulan) bermula jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang waktu bekerja bertempat di Galeri Seni Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan anjuran Jabatan Muzium-Muzium dengan kerjasama Pertubuhan Fotografi Negara Brunei Darussalam dan Brunei Art Forum. Sebanyak 80 gambar-gambar regata tahun 2012 hingga 2014 dari Pertubuhan Fotografi Negara Brunei Darussalam dipamerkan dan lukisan-lukisan adalah dari Brunei Art Forum.

2.     Expo Jualan Satu Kampong Satu Produk (1K1P) Sempena Regata Brunei Darussalam 2015 akan diadakan selama 3 hari bermula hari Jumaat, 27 Februari 2015 hingga 1 Mac 2015 bertempat di kawasan Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan. Expo ini melibatkan lebih 50 penyertaan di kalangan usahawan mewakili Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Negara Brunei Darussalam.  Waktu jualan bermula jam 9.00 pagi hingga 8.30 malam. Antara aktiviti sampingan ialah persembahan kebudayaan iaitu Gulingtangan dan Demonstrasi Kraftangan dan pembuatan.

3.     Gerai Jualan Sempena Regata Brunei Darussalam 2015 akan diadakan di sepanjang Jalan Pretty dan Jalan Pemancha selama 2 hari bermula hari Sabtu, 28 Februari 2015 dan hari Ahad, 1 Mac 2015 bermula jam 9:00 pagi hingga 10:00 malam. Terdapat 3 kategori petak gerai jualan disediakan iaitu:

                      Gerai Runcit sebanyak 98 petak

                      Gerai Takeaway sebanyak 48 petak

                      Gerai Buah-buahan sebanyak 5 petak

4.     Majlis Resepsi bagi Peserta-Peserta Dalam Dan Luar Negeri Regata Brunei Darussalam 2015 akan diadakan pada hari Sabtu, 28 Februari 2015 pada pukul 4.00 petang bertempat di Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan. Majlis ini dikendalikan oleh Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama.