Logo Regata Brunei Darussalam​

​​​LogoRegata.png​​



Logo Rekabentuk

Rekabentuk Logo Regata Brunei Darussalam mengunakan warna warna Ceria, Harmoni, Keamanan dan Kebruneian seperti Biru, Hijau dan warna bendera Brunei Darussalam dan lain lain.

Kebruneian

Warna-warna yang terdapat di bendera Kebangsaan Brunei Darussalam yang diertikan Negara Brunei terkenal di zaman kegemilangan dan kemeriahan sejarah lumba perahu di era tahun 50an,60an dan 70an dan sering memenangi acara-acara di luar Negara dan di peringkat Antarabangsa.

Perahu Tradisional Brunei

Kenderaan yang tidak asing lagi yang sering digunakan dalam perlumbaan perahu tradisional Brunei sejak era 50an lagi  yang diwarnakan Kuning, Hitam dan Putih melambangkan kan lagi kemasyuran perahu traditional kebangsaan kitani.

4 Pengayuh

Diertikan ke empat empat daerah di Negara kita sering  aktif  mengikuti acara perlumbaan acara perahu tradisional dari dulu dan sekarang yang di kagumi dan digalati di pelusuk rantau ini.

Air Ombak

Acara kemeriahan perlumbaan di Sungai Brunei digegarkan dengan air dan ombak hasil kayuhan pelumba-pelumba yang bertenaga melambangkan lagi kemeriahan dan kemasyuran perlumbaan yang sangat di gemari oleh rakyat Brunei Darussalam dan serantau Borneo.

Bot Laju dan Jet Ski

Perlumbaan yang akan ikut serta dalam Regata Brunei Darussalam.