Objektif Regata Brunei Darussalam​

  1. ​​​​Mengembalikan zaman kegemilangan dan nostalgia sejarah Lumba Perahu dan Bot Laju yang diadakan pada zaman tahun-tahun 50-an, 60-an dan 70-an, di mana pada ketika itu setiap kali acara tersebut diadakan di Sungai Brunei, Bandar Seri Begawan, suasana Bandar Seri Begawan adalah sungguh ceria dan meriah serta mampu menjana aktiviti perekonomian.​

  2. Mengembalikan keceriaan dan memeriahkan lagi kawasan Bandar Seri Begawan bukan sahaja sebagai pusat Bandar tetapi melalui acara yang diadakan, ianya dapat meningkatkan pendapatan kepada penduduk setempat untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan semasa acara itu nanti.

  3. Mendokong ke arah memajukan lagi industri Pelancongan di Negara Brunei Darussalam ini, berkonsepkan “Kenali Negara Kitani” (KNK), iaitu untuk terus menjadikan Bandar Seri Begawan sebagai pusat tarikan pelancong di Negara Brunei Darussalam.