Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Page not found

RAPTAI PENUH REGATA BRUNEI DARUSSALAM 2015

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Februari - Latihan penuh Regata Brunei Darussalam 2015 telah diadakan hari ini di Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan bagi memastikan kelancaran acara yang bakal berlangsung pada hari Ahad, 1 Mac 2015.

Hadir bagi menyaksikan latihan pada petang ini ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Selaku Penasihat-Penasihat Bersama Jawatankuasa Tertinggi Regata Brunei Darussalam 2015, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman, Timbalan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan selaku Pengerusi-Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Regata Brunei Darussalam 2015 dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi Regata Brunei Darussalam 2015. ​